KUALA LUMPUR: SETIAP orang pasti mempunyai keinginan untuk bertemu dengan tokoh yang disanjungi dalam hidup mereka yang tersendiri.
Bagi tukang jahit, Maizun Ahmad, dia menyimpan impian untuk melihat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyarung baju songket hasil jahitannya.
Menurut Maizun, dia sudah berkali-kali menjahit baju dengan tujuan untuk dihadiahkan kepada baginda, namun tidak kesampaian untuk dipersembahkan atas faktor tertentu yang tak dapat dielakkan.
"Sebenarnya, saya pernah berhajat untuk buat satu blazer songket sebab saya tahu baginda minat dengan songket dan saya nak kongsikan kepada Tunku Azizah... walaupun songket itu ialah tenunan asli digital tapi ia mirip macam tenunan asli.
"Tapi saya rasa tak yakin dengan ukuran baju itu, jadi saya buat yang baharu berwarna biru dan bawa ke satu karnival dekat Putrajaya di mana saya diberitahu Permaisuri tak jadi turun, hanya Yang-dipertuan Agong (ketika itu) berkenan hadir," katanya ketika wawancara bersama Astro AWANI di Medan Mara, pada Selasa.
Namun begitu, kegagalan pertama itu tidak mematah semangat Maizun untuk terus menjahit baju seterusnya buat Tengku Ampuan Pahang, walaupun tidak pasti bila ia boleh dipersembahkan kepada baginda.
"Pernah sekali saya jumpa (Tengku Ampuan Pahang) waktu majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya beberapa tahun lepas dan tak sangka pula dapat jumpa secara dekat dan rapat, namun ketika itu saya tidak membawa baju berkenaan.
"Saya cuma berdiri berdekatan baginda untuk mengenal pasti atau mengagak ukuran badan Tuanku dan sejurus balik, saya jahit baju untuk baginda.
"Kemudian untuk kali ketiga, (dengan ukuran itu) saya buat baju putih sebab saya dengar khabar Permaisuri nak turun ke sebuah hotel di Pahang tapi ia dibatalkan dan diganti dengan tokoh kenamaan yang lain dan baju itu masih lagi ada di kedai sampai sekarang," katanya.
Menurutnya, songket melambangkan identiti Malaysia, justeru Maizun sangat menekankan kepentingan songket kerana ingin naikkan martabat tenunan itu di mata dunia.
"Kalau Indonesia boleh pakai batik ke mana-mana dan sedondon secara ramai, kenapa tidak kita orang-orang Malaysia memakai songket?
"Songket ni bukan panas, ia dibuat 100% kapas dan ada sesetengahnya bukan songket yang ditenun secara asli tetapi songket tenunan secara digital... jadi, kainnya tak begitu panas," tambahnya.
Ditanya jika masih berkeinginan untuk mempersembahkan baju jahitannya kepada Tengku Ampuan Pahang pada masa yang akan datang, Maizun tidak menolak jika mempunyai peluang sedemikian.
Pia Ernadya
Thu Apr 11 2024
Antara koleksi baju songket yang dijahit Maizun untuk Tunku Azizah.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Simpan hasrat persembah hadiah baju songket untuk Tunku Azizah
SETIAP orang pasti mempunyai keinginan untuk bertemu dengan tokoh yang disanjungi dalam hidup mereka yang tersendiri.